Entertainment

16 Tahun Jadi Artis, Fasha Sandha Tak Pernah Lewat Ke Set Shooting


Tak sangka rupanya sudah 16 tahun Fasha Sandha bergelar anak seni dan pelakon itu kini berada dalam kelas tersendiri sebagai artis gred A dalam kalangan peminat.

Disiplinnya yang tinggi dalam menguruskan masa antara sebab Fasha masih lagi bertahan. Malah, Fasha berkata dia tidak pernah lewat ke set penggambaran sepanjang 16 tahun.

BACA: Fasha Sandha, Suami Tak Gemar Tayang Kebahagiaan Berlebihan Di Media Sosial

“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat walaupun sekali sepanjang 16 tahun berkarier. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan kerja bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.

“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan bangun awal,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha juga mahukan pelakon Elisya Sandha turut menjaga disiplin serta sentiasa menasihati adiknya itu supaya tidak berlagak diva.

“Saya selalu nasihatkan adik saya supaya sentiasa menjaga disiplin sebab kalau apa-apa berlaku, nama saya juga yang akan terjejas.

“Saya juga tegaskan kepada Elisya supaya tidak berlagak diva di set penggambaran dan sentiasa baik dengan kru. Kalau ada rezeki lebih, belanjalah mereka makan. Hal ini bukan sahaja memudahkan kerja, malah ia merupakan resipi untuk disenangi orang sekeliling,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close