Entertainment

4 Tahun Pendam, Puteri Sarah Lega Luah Kemelut Rumah Tangga


Sejak dua hari lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar.

Bakal berangkat menunaikan ibadah Umrah serta menyambut Hari Raya di Tanah Suci, Sarah berkata dia mengambil kesempatan untuk memohon diberi jalan keluar dari masalah yang sedang dilaluinya.

BACA: Puteri Sarah Kesal Ira Kaza Tak Berhenti Mengganggunya

“Saya dah lama kumpul duit dan rancang mahu ke umrah selepas tamat PKP. Syukur diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana lagi. Kali ini saya mahu berdoa supaya diberi jalan keluar dari masalah dan petunjuk untuk penyelesaian,” katanya.

Mengakui hampir empat tahun memendam rasa mengenai kemelut rumah tangganya, Sarah berkata dia kini lebih tenang selepas meluahkan mengenai perkara itu.

“Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun. Saya mahu ke umrah dengan tenang dan memberi tumpuan kepada ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia akan berada di Tanah Suci selama 16 hari bersama keluarga sebelum sambung bercuti ke Istanbul, Turki.

Terdahulu, kisah rumah tangga itu didakwa dilanda masalah menjadi perhatian ramai. Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

Malah, Syamsul juga mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close