Entertainment

Ada Yang Jodohkan Siti Nordiana Dengan Shuib


Minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai Shuib Sepahtu apabila pelawak itu mengakui ada mengenali seseorang selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta.

Bagaimanapun, Shuib berkata hubungan itu masih terlalu awal dan dalam fasa berkawan serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

BACA: Shuib Tak Kisah Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh

Namun tiada angin tiada ribut, nama penyanyi Siti Nordiana atau Nana pula yang menjadi sebutan sehingga ada yang mengatakan sesuai untuk dijadikan isteri Shuib.

Semuanya gara-gara sebuah video seorang pereka fesyen yang memaparkan Nana hadir untuk menempah busana dengannya dan sempat berseloroh, adakah baju itu baju untuk kahwin.

Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu menjadi bualan netizen sehingga ada netizen membuat spekulasi sendiri.

“Dengan Shuib ke?” soal seorang netizen.

“Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna TikTok.

Netizen pula yang sibuk mengenai wanita mana yang sesuai dengan bapa tunggal kepada empat orang anak itu. Tidak kira siapa pun wanita tersebut, asalkan boleh membahagiakan Shuib.

Terdahuli, Shuib berkata ibunya juga ada bertanya mengenai pengganti. Katanya jika dia mahu mencari jodoh perlulah mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close