Entertainment

Adik Merajuk Sampai ‘Block’ Dekat WhatsApp, Wanita Tulis Surat Sepanjang 434 Meter Untuk Pujuk


Seorang wanita di India gigih menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya yang dikatakan merajuk kerana terlupa memberi ucapan sempena ‘Hari Adik’ pada 24 Mei lalu.

Tulis surat sepanjang 434 meter untuk adik

Menerusi laporan Independent, surat seberat lebih 5 kilogram (kg) itu ditulis sendiri oleh seorang wanita dikenali sebagai Krishnapriya yang mengambil masa selama 12 jam untuk menyiapkan surat terbabit.

Difahamkan adiknya, Krishnaprasad telah menyekat nombor telefon kakaknya di WhatsApp sehingga wanita berkenaan membuat keputusan untuk meluahkan perasaan sayang untuk adik tercinta dengan menulis surat agar hubungan mereka pulih seperti biasa.

Dalam pada itu, surat sepanjang 434 meter itu telah diterima oleh adiknya dua hari selepas sambutan ‘Hari Adik’. Bagaimanapun, Krishnaprasad pada awalnya menyangkakan ia adalah bungkusan untuk hadiah hari jadinya. Namun, selepas dia membuka bungkusan itu, lelaki berkenaan terkejut melihat surat seberat 5.27kg.

Saya terlupa untuk mengucapkan selamat ‘Hari Adik’ pada dia. Pada petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.

Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4 tapi tak lama lepas tu saya sedar yang kertas tak cukup sebab banyak perkara yang saya nak sampaikan kepada dia.

Beli kertas lebih banyak sebab tak cukup

Susulan daripada itu, wanita terbabit memutuskan untuk membeli kertas lebih banyak, namun pihak kedai mengatakan bahawa mereka hanya mempunyai kertas bil gulung jika dia inginkan yang lebih panjang.

Saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat berukuran 434 meter dan seberat 5kg.

Tambahnya, dia turut meluahkan rasa cinta dan sayang kepada adiknya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya.

Kami sangat rapat dan suka berkongsi hubungan yang sangat mesra. Semasa kami membesar, kami seperti kembar sebab kami akan pakai baju sama warna pada majlis-majlis khas keluarga.

Walau bagaimanapun, Krishnaprasad meluahkan rasa bahagia apabila dia menerima surat yang ditulis oleh kakaknya itu. Sementara itu, wanita berkenaan percaya bahawa surat terbabit mampu menjadi surat terpanjang yang pernah ditulis dan memohon untuk mencalonkan surat itu ke dalam senarai Rekod Dunia Guinness.

Sumber : Independent



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.