Entertainment

Anak Neelofa Dapat Duit Raya RM14,020


Rezeki buat anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal apabila menerima duit raya berjumlah RM14,020 sempena hari raya.

Perkara itu dikongsikan oleh Neelofa menerusi satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia bersama suami mengira duit raya yang diterima oleh Bilal.

BACA: Neelofa Dedah PU Riz Pernah Rasa Bimbang Dia Tak Pandai Masak

Menerusi video itu juga, PU Riz turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan duit raya kepada Bilal.

@neelofa

? Eid Mubarak – Aayat Arif

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Usia Bilal sudah masuk 3 bulan, sehingga kini Neelofa masih belum mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close