Entertainment

“Andai Kata Satu Hari Nanti Fizi Tak Gembira, Dia Datang Balik, Saya Terima Dia”


Meskipun sudah berpisah, pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali masih menjalin hubungan baik demi anak tunggal mereka, Ameena Sofia.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok luahan Shakilla mengenai perpisahnnya dengan bekas suami menerusi satu temu bual.

BACA: Fizi Ali Tak Pernah Rancang Nak Rujuk, Baik Dengan Shakilla Sebab Anak

Shakilla berkata dia tidak menolak andai satu hari nanti dia dan Fizi ditakdirkan untuk kembali bersama sebagai suami isteri.

@wan__fara

Datang balik dekat i, i terima dia balik ? #fyp? #fyp??viral #fyp

? Cinta Hebat – From “Kisah untuk Geri” – Syifa Hadju

“Kalau ada jodoh semula dengan Fizi, memang saya berbesar hati dan terbuka hati untuk dia. Sebelum ini dengar spekulasi dia nak kahwin, saya pun tak salahkan dia. Dia memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya,” katanya.

Dilihat sebak, Shakilla berkata dia juga sedia menerima bekas suaminya itu andai kata Fizi tidak gembira atau bahagia dalam menjalani kehidupan.

“Andai kata satu hari nanti dia tak gembira.. dia datang balik pada saya, saya terima dia balik. Memang saya ada sayang Fizi, cuma tak tahu ada cinta atau tidak. Mungkin hati masing-masing sedang merajuk,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Shakilla sanggup merendahkan egonya sebagai seorang ibu.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Fizi terlalu cepat transfer on. Namun, rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik untuk Shakilla dan Fizi.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.