Entertainment

Athena, Memperkasakan Gamers Wanita Asia Tenggara


Shout Out!

REV Media Group (RMG) memulakan tahun baharu 2022 melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA dengan membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini, Squad Up: Athena khusus buat ‘gamers’ wanita!

Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun 2020 dengan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Squad Up 2020. Squad Up: Athena adalah kesinambungan siri kejohanan e-sukan, memperkasakan gamers wanita dari seluruh Asia Tenggara.

Athena yang sering dikaitkan dengan mitos Yunani, ialah dewi Yunani purba yang penuh dengan kebijaksanaan, kemahiran praktikal serta kemahiran berperang dan itulah yang dicari dalam kejohanan ini.

Squad Up: Athena merupakan kejohanan kelayakan serantau terbuka yang akan membawa kepada kejohanan jemputan ALL-STAR di mana hanya satu pasukan akan dinobatkan sebagai juara daripada 24 pasukan bertanding bermain Mobile Legends: Bang Bang.

12 daripada 24 pasukan yang bertanding adalah pasukan yang lepas pusingan kelayakan, manakala 12 lagi pasukan jemputan.

Pencarian Athena sebenar bermula pada Disember 2021 dengan pusingan kelayakan terbuka yang telah diadakan dari 18hb hingga 20hb Disember 2021, menyaksikan perlawanan yang menakjubkan dari pasukan negara serantau yang mengambil bahagian— Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Pasukan-pasukan ini bersaing bagi menempah tempat mereka dalam pusingan kebangsaan sebelum yang terbaik dipilih untuk bertarung di pusingan akhir serantau.

Susulan itu sebuah perlawanan pertunjukan telah dipamerkan dalam talian oleh Facebook Gaming creators terkemuka di seluruh Asia Tenggara pada 21 Disember 2021 untuk memaklumkan kepada penonton pasukan mana yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan kebangsaan dan siapakah pasukan jemputan untuk perlawanan akhir.

Bukan sekadar acara e-sukan hujung minggu yang biasa, Squad Up: Athena, kejohanan e-sukan wanita yang pertama ini bakal berlangsung dari 7hb hingga 9hb Januari untuk pusingan kejohanan peringkat Malaysia, Indonesia dan Filipina, dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 15 Januari 2022.

Pemenang dari peringkat kebangsaan di Malaysia, Indonesia, dan Filipina akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM21,000 dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM42,000.

Ketua Kandungan Permainan RMG, Adrian Lai berkata, mereka sangat teruja untuk membawakan kejohanan e-sukan wanita buat pertama kali ini.

Kami sedar wanita kini menuntut kesaksamaan dalam kejohanan e-sukan kerana mereka membentuk 44% gamers di dunia. Kami percaya bahawa kejohanan memperkasakan wanita di IGN SEA akan menarik pemain dari kedua-dua jantina dan akan merapatkan jurang dalam senario e-sukan tempatan.

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau pula berkata inisiatif ini dapat membantu industri e-sukan untuk bangkit dan kembali meriah selepas terjejas dengan pandemik baru-baru ini.

Squad Up: Athena adalah inisiatif pertama daripada banyak lagi inisiatif yang telah dirancang untuk menghidupkan kembali momentum e-sukan untuk tahun ini. Kami berharap ramai orang dapat berganding bahu dan turut serta bersama dengan usaha kami.

Bersedia dengan apa sahaja peranti kegemaran anda, duduk, relaks dan nikmati perlawanan!

Dapatkan maklumat lanjut tentang Squad Up: Athena atau sebarang hal berkaitan permainan di sini. Game on!

Nantikan juga Squad Up: edisi Terbuka dan Merdeka akan datang tidak lama lagi!



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close