Entertainment

“Badan Yang Sharifah Sakinah Bangga Tayang Itu Akan Terbakar Di Neraka”


Lama tak dengar cerita tentang Sharifah Sakinah, pasti ramai tahu pelakon itu sering ditegur kerana berpakaian terlalu seksi.

Meskipun teguran serta kecaman diberikan namun ianya tidak diendahkan dan Sakinah tetap tenang menjalani kehidupannya seperti biasa.

BACA: Samakan Tandas Dengan Syurga, Sharifah Sakinah Dikecam Teruk

Nampaknya baru-baru ini nama Sakinah sekali lagi menjadi bualan ramai apabila pelakon itu ada memuat naik video memaparkan susuk tubuhnya.

Biarpun perkongsiannya itu mahu memberi mesej positif kepada ramai agar menjaga tubuh badan, namun menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Menerusi video itu, memaparkan Sakinah menunjukkan posing yang dikatakan agak seksi. Seperti sudah dijangka, ramai netizen mempersoalkan cara pemakaian Sakinah itu. Malah, ada yang menegurnya supaya menutup sedikit meskipun tidak menutup aurat dengan sempurna.

Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen pedas mengatakan tubuh yang ditayang dan dibanggakan itu akan dibakar di dalam neraka.

Tidak melatah dengan komen netizen itu, Sakinah dilihat membalasnya dengan emoji love. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.