Entertainment

Bantuan Telefon Pintar dan Pakej Internet Rakyat Percuma 2022


Bantuan Telefon Pintar dan Pakej Internet Rakyat Percuma 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan telefon pintar dan pakej internet percuma kini dibuka.

Bantuan ini telah diumumkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos rendah terutamanya bagi golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.

Bantuan ini akan diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.

bantuan telefon pintar dan pakej internet
Kredit Foto : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej ini merupakan sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi meringankan beban golongan remaja dan pelajar bagi mendapatkan pautan internet untuk tujuan pembelajaran atas talian tanpa sebarang kekangan data.

Menerusi pakej ini, pengguna bakal dapatkan manfaat seperti berikut :

  • Data 20GB untuk 3 bulan
  • Pembayaran harga rendah iaitu RM 10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM 30) bagi Internet asas tanpa had.
  • Tambahan 1G percuma sebanyak 90GB untuk 3 bulan bagi aktiviti produktiviti.

Data 20 GB boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video, penghantaran mesej, melayari interneti, permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan lain.

Data 1GB percuma setiap hari pula boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

bantuan telefon pintar dan pakej internet
Kredit Foto : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Pakej ini pula membolehkan rakyat Malaysia untuk menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Antara ciri-ciri pakej ini ialah :

  • Langganan RM 40/sebulan
  • Kontrak selama 12-24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti)

Cara Memohon Bantuan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia

Pemohon yang berminat untuk mendaftar boleh hubungi syarikat komunikasi yang terlibat seperti :

  1. Celcom
  2. Digi
  3. Maxis
  4. U Mobile
  5. TM (Peranti) (Internet)
  6. YTL

Syarat-Syarat Pendaftaran

  • Remaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar dengan MyKad.
  • Pelajar yang berusia 21 tahun ke atas perlu mendaftar dengan kad pelajar.

Tempoh Pendaftaran Pakej

Tempoh mendaftar untuk pakej ini adalah selama enam bulan mulai 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.

Semak Liputan (Coverage) Sebelum Mendaftar Pakej

Pemohon disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu sekiranya rangkaian liputan boleh diterima di kawasan masing-masing di pautan https://jendela.my/map/.

Pemohon juga boleh rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk keterangan lanjut.

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh KLIK SINI untuk semak soalan Lazim mengenai pakej ini.

Anda juga boleh layari portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini. 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.