Entertainment

Baru Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur


Mahu mendidik anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya menikmati kemuliaan Ramadan, pelakon Fazura mahu ianya dimulakan sejak kecil lagi.

Menurut Fazura, dia mahu anaknya yang kini berusia setahun tujuh bulan untuk sama-sama melakukan ibadah sepanjang Ramadan termasuk menjalani amalan bersahur bersama-sama.

BACA: Fattah Amin, Fazura Tak Nak Terlalu Dedah Anak Di Media Sosial

“Insya-Allah Ramadan tahun ini saya akan fokus memperbanyakkan amal ibadah. Selain itu tahun ini juga merupakan tahun kedua saya menyambut Ramadan bersama anak (Fatima). Tahun lalu dia masih kecil, jadi ketika bersahur dia tidak bangun.

“Jadi tahun ini saya mahu Fatima bersama-sama merasai kenikmatan bulan Ramadan termasuk bangun sahur bersama,” katanya.

Menerusi temu bual bersama Melodi semalam, Fazura berkata dia juga akan mengamalkan beberapa ibadah lain yang akan diterapkan dan ditunjukkan kepada Fatimah untuk memupuk minat tentang puasa. Ujarnya lagi, sebagai ibu bapa dia dan Fattah perlu tunjukkan contoh yang baik kepada anak mereka.

“Salah satu cara mendidik anak sejak kecil adalah bermula daripada bangun sahur ketika di bulan puasa. Fatima akan ikut apa sahaja yang dilakukan oleh saya dan suami.

“Jadi kami kena tunjukkan contoh yang baik. Lagi satu, saya ingin mendidik Fatima supaya tidak terlalu mengharapkan pahala semata-mata kerana berharap keredaan Allah SWT itu adalah lebih penting,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close