Entertainment

Belum Ada Rezeki Anak, Izzue Islam & Isteri Beli Rumah Idaman


Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Izzue Islam menjadi perhatian meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki untuk memiliki rumah sendiri bersama isterinya, Awin Nurin.

Meskipun belum dikurniakan rezeki cahaya mata, namun pasangan itu teruja berkongsikan momen menjejakkan kaki di rumah pertama mereka.

BACA: Sering Ditanya Soal Anak, Izzue Islam Stres & Tertekan

Berkongsikan video di aplikasi TikTok, Izzue turut merakamkan momen ketika mendapat kunci rumah idamannya itu di sekitar Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Malah, ramai yang memuji Izzue dan isteri setia bersama biarpun belum diberikan rezeki zuriat lagi. Malah, netizen turut memuji Izzue adalah suami contoh kerana sentiasa menggembirakan hati isterinya.

Untuk rekod, Izzue dan Awin Nurin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

 





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.