Entertainment

BWI : Bantuan Banjir Kelantan Terengganu 2022 RM1000


BWI Bantuan Wang Ihsan RM1000, merupakan salah satu bantuan mangsa banjir Kelantan Terengganu yang akan diagih kepada penduduk terjejas mengikut senarai berdaftar di PPS sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Bantuan mangsa banjir Kelantan dan Terengganu akan di percepatkan

Seramai 7,651 penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat bencana banjir akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) dalam kadar segera.

Perdana Menteri menyatakan demikian kepada pemberita di Pasir Mas, Kelantan selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gelang Mas.

Sejurus tiba di PPS berkenaan yang menempatkan 808 penduduk terjejas daripada 277 keluarga dari kawasan sekitar, Perdana Menteri meluangkan masa selama sejam untuk mendengar taklimat mengenai perkembangan banjir semasa di Kelantan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Beliau yang diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudiaannya beramah mesra bersama penduduk terjejas banjir di PPS berkenaan dan menyampaikan sumbangan kepada 40 ketua isi rumah terlibat.

Dalam pada itu menurut Datuk Seri Ismail Sabri lagi, selain bantuan wang ihsan, kerajaan turut menyalurkan pelbagai lagi bentuk bantuan kepada penduduk terjejas banjir bagi meringankan beban mereka.

Antaranya, bayaran tunai RM2,500 untuk pembelian tunai barang keperluan asas yang rosak akibat banjir, baucar atau rebat RM500 bagi kerosakan barangan elektrik, RM1,000 bagi pembaikian kenderaan rosak dan diskaun 50% bagi pembelian alat ganti yang disediakan syarikat Perodua serta percuma bagi menunda kenderaan yang rosak ditenggelami banjir.

Baucar RM1,000 itu juga boleh digunakan untuk membayar deposit kenderan baru seperti motosikal yang rosak akibat bencana tersebut.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, kerajaan turut bersimpati terhadap nasib penduduk yang berdepan dengan kerosakan rumah dan rumah yang hanyut akibat banjir.

Bagi kerosakan infrastruktur seperti jalan, balai raya dan sebagainya, laporkan segera kepada pejabat daerah ataupun pemimpin untuk diambil tindakan segera oleh kementerian terlibat seperti KPLB.

Mengulas mengenai projek jangka panjang dalam menangani masalah banjir di jajahan Rantau Panjang Pasir Mas dan Tumpat, kerajaan sedang meneliti peruntukan RM1.3 bilion bagi meneruskan projek pembinaan tebatak banjir bagi fasa kedua yang dikemukakan KASA dan JPS.

Banjir gelombang keempat yang melanda negeri-negeri pantai timur sejak Jumaat lalu telah menjejaskan lebih 26,697 penduduk di Terengganu dan Kelantan.

Apa Itu Bantuan Wang Ihsan (BWI)

bwi bantuan banjir kelantan terengganu 2022

Ianya merupakan insiatif pantas kerajaan berbentuk bantuan wang ringgit bagi membantu keluarga yang terlibat dengan banjir

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Syarat Permohonan

  • BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja
  • Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  • Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  • Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Soalan Lazim

Kalau saya menyewa rumah bersama rakan dan rumah kami terkesan akibat banjir, adakah kami layak memohon?

Layak. Namun hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon. Tuan rumah adalah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon.

Berapa amaun yang layak dimohon bagi 2 keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama?

RM1,000.00 sahaja kerana hanya 1 KIR rumah yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:

i. Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.

ii. Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat

iii. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

Berapa kalikah saya boleh memohon BWI memandangkan rumah saya terlibat dengan banjir beberapa kali dalam musim tengkujuh ini?

Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Adakah saya layak memohon BWI walaupun pusat pemindahan sementara tidak diwartakan?

Ya, anda layak memohon BWI walaupun tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara yang diwartakan. Tetapi anda perlu untuk mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan MPKK/ JPKK.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Bolehkah saya memohon secara online?

Tidak ada permohonan online. Permohonan diuruskan daerah dan negeri lokasi di mana KIR yang terkesan bencana berada

Apakah kriteria yang membolehkan saya diklasifikasikan sebagai mangsa yang terjejas dengan bencana banjir dan seterusnya dipertimbangkan sebagai penerima BWI?

Kriteria asas yang membolehkan seseorang layak untuk dipertimbangkan permohonan BWI adalah apabila sesuatu kejadian menepati maksud bencana sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan MKN No. 20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ada pertanyaan atau aduan mengenai BWI Bantuan Banjir Kelantan Terengganu anda boleh hubungi ;

AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
PEJABAT PERDANA MENTERI (NADMA)

Tel +603-8870 4800

Website : https://www.nadma.gov.my/en/info/soalan-lazim-faq-bantuan-wang-ihsan-bwi

Email : [email protected]





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.