Entertainment

Cara Memohon Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022


RISDA: Cara Memohon Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, Yayasan RISDA menawarkan beberapa skim bantuan untuk membantu golongan yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Secara ringkasnya, Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan syarikat milik penuh RISDA telah telah diluluskan penubuhannya oleh pada 21 Februari 2013 dan akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.

Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022

Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 adalah merupakan inisiatif pihak RISDA untuk berbagi rezeki kepada golongan yang disasarkan mengikut syarat ditetapkan. Berikut ialah antara skim bantuan yang disediakan:

  1. Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA; 
  • Biasiswa Pelajar UCAM (BPU)
  • RM6,800 – RM13,800 / Pelajar / Tahun mengikut jenis kursus
  • Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU)
  • RM15 Sehari / RM450 Sebulan / Pelajar
  • Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU)
  • RM500 One off
  • Bantuan Laptop Pelajar UCAM
  • 1 laptop / 1 pelajar
  • Insentif Pendidikan Staf
  • RM500 Diploma, Ijazah Sarjana Pertama dan Sijil Profesional (One-off)
  • RM750 Peringkat Sarjana dan Kedoktoran (One-off)
  • Anugerah Yayasan RISDA
  • RM2,000 one off

Syarat Kelayakan:-

  • Anak-anak komuniti RISDA
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849
  • Melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM)
RISDA
  1. Skim Bantuan Pesakit Kronik Yayasan RISDA; 
  • Khusus buat Kakitangan dan Pesara RISDA
  • Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) /pesara RISDA atau keluarga terdekat yang telah disahkan menghidap 36 jenis penyakit kritikal seperti di Lampiran 1.
  • Kadar bantuan adalah RM1,000 maksimum (one-off).

Syarat Kelayakan:-

  • Staf RISDA / SMR, pesara RISDA (termasuk keluarga terdekat
  • seperti suami / isteri / anak kandung / anak tiri / anak angkat).
  • Tiada had pendapatan.
  • Anak-anak yang masih di bawah tanggungan iaitu bawah 18
  • tahun dan 21 tahun bagi yang masih belajar. Tiada had umur
  • bagi anak yang berstatus OKU.

Cara Memohon:-

  • Menggunakan borang YR 05-21 – SBPK
  • Kemukakan salinan dokumen berikut : Kad pengenalan / sijil lahir pemohon/pesakit, Kad pengenalan ibu bapa /penjaga yang sah, Kad Pekerja/ Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara), Laporan / Surat Pengesahan Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia atau Hospital Pakar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan berkaitan penyakit yang dihidapi. 

Borang Permohonan

Anda boleh muat turun borang permohonan yang berkaitan di bawah mengikut bantuan yang berkenaan:

Bil Borang Lampiran
01 Borang Permohonan Kursus Asas Pengurusan Ladang Untuk Kontraktor Pertanian    Muat Turun
02 Borang Keahlian PERSADA    Muat Turun
03 Borang Tanam Semula TS 11(Pin.1_09)    Muat Turun
04 Borang Permohonan Pemulangan Wang Ses Terlebih Kutip    Muat Turun
05 Borang Maklumat Terperinci Getah Import Dalam Getah Sebatian Yang Dieksport    Muat Turun
06 Penjelasan Terperinci Borang Pemohonan Tuntutan Pemulangan Ses Tanam Semula Bagi Getah Sebatian    Muat Turun
07 Borang Permohonan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil    Muat Turun
08 Borang Permohonan Skim Pinjaman Am    Muat Turun
09 Borang Permohonan Skim Pinjaman Pengajian Boleh Ubah    Muat Turun
10 Borang Permohonan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan RISDA    Muat Turun
11 Borang Saraubat (1/09)    Muat Turun
12 Borang Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)    Muat Turun
13 Borang Setuju Terima Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)    Muat Turun
14 Surat Akuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)    Muat Turun
15 Surat Status Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)    Muat Turun
16 Format Kertas Kerja Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)    Muat Turun
17 Borang Aduan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)    Muat Turun
18 Borang Penghantaran/Penerimaan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)    Muat Turun
19 Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (Pindaan 2022)    Muat Turun
20 Borang Penyertaan SKKR Pesara    Muat Turun
21 Borang Penyertaan SHPB Bawah 65 Tahun (Pesara)    Muat Turun
22 Borang Penyertaan SHPB 65 Tahun Keatas      Muat Turun

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi YAYASAN RISDA di talian:010-6590062,  atau e-mel ke: [email protected]

Manakala, untuk maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan boleh dapatkan di pautan :





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close