Entertainment

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Akibat Banjir


PTPTN: Cara Mohon Penangguhan Bayaran Akibat Banjir ~ Berita baik buat peminjam PTPTN yang terjejas banjir baru-baru ini!

Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan kerugian besar kepada ramai pihak termasuklah para peminjam PTPTN. 

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

PTPTN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara.

Para peminjam yang telah terkesan dengan bencana ini, PTPTN akan memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua (2) bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.

Penangguhan Bayaran PTPTN

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 melalui portal rasmi PTPTN. 

Layari: www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir

Atau, hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran.

NOTA: Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Semakan Kelulusan

Setelah membuat permohonan, untuk menyemak kelulusan permohonan anda sila periksa emel anda. Hal ini kerana, kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

Untuk itu, peminjam adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.

Anda juga boleh menyemak baki PTPTN, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat secara dalam talian melalui penyata online PTPTN yang dipaparkan.

Sila layari pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Anda boleh mengemukakan maklumat lanjut dan pertanyaan anda melalui saluran berikut:

  • Telefon : 03-2193 3000 (Careline)
  • Live Chat : www.ptptn.gov.my
  • Eksekutif Pemasaran : https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
  • e-Aduan : https://eaduan.ptptn.gov.my/
  • Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.