Entertainment

Che Ta Meluat Dengar Pelakon Cakap Utara Macam Orang Lidah Pendek


Perkongsian pelakon Rozita Che Wan menjadi perhatian apabila meluahkan rasa meluat dengan segelintir pelakon yang bukan berasal dari utara dan perlu bertutur dalam loghat tersebut.

Meluahkan perkara itu di Insta Story, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata jika sukar untuk bertutur dalam loghat Utara tukar saja skrip karya mengikut kesesuaian.

BACA: Che Ta Taokay Kongsi Jumlah Baju Raya Tahun Ini, Suruh Intai Di IG Kira Sendiri

“Meluat pula dengar mereka berlakon cakap utara macam orang lidah pendek. Kalau tak boleh cakap Kedah, tukar saja ‘screenplay’. Tak payahlah buat kata orang utara! Lemas perut dengar!” tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Che Ta turut memberi contoh perkataan yang tidak tepat dan kedengaran aneh dalam satu karya yang ditontonnya.

Bagaimanapun, Che Ta tidak menjelaskan mahupun menyebut karya yang ditonton olehnya serta pelakon mana yang membawa watak itu.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close