Entertainment

Da’i Farhan Harap Wanita Dulu Bertudung Kini Freehair Diberi Hidayah


Pelbagai kontroversi terpalit dirinya sejak dua tahun lalu, nama pendakwah bebas Da’i Farhan senyap seketika selepas rujuk kembali dengan bekas isteri pertama pada Syawal tahun lalu.

Lama tak dengar cerita tentang pendakwah itu, memetik mStar On-line Da’i Farhan berkongsikan perkembangan terbarunya.

BACA: Bekas Isteri Da’i Farhan Freehair Bukan Sebab Dapat Suami Muda

“Alhamdulillah, rutin harian seperti biasa berkuliah sedikit sebanyak menyampaikan agama dan mengajar anak-anak bangsa kita tentang pengajian Islam.

“Rutin bersama keluarga seperti biasa malam-malam berterawih dan sebagainya. Alhamdulillah,” katanya.

Ditanya mengenai bekas isterinya, Dr Erin yang kini sudah membuka hijab, Da’i Farhan berharap wanita yang dulu pernah bertudung dan kini menanggalkannya diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

“Mudah-mudahan diberikan hidayah semua sekalilah… (nasihat) ini kepada sesiapa sahaja untuk kembali ke pangkal jalan dan berada dalam rahmat Allah.

“InsyaAllah… Allah maha pengampun, saya sendiri pun ada kekurangan semoga kita semua diampunkan dosa. Kita jadikan bulan ramadan sebagai madrasah tarbiyah untuk didik diri kita jadi lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Da’i Farhan mengejutkan ramai apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan Dr Erin, janda anak lapan di Mekah.

Pendakwah itu dikecam ramai apabila perkahwinan mereka itu tidak diketahui oleh isterinya Fatin yang ketika itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lebih mengejutkan, Da’i Farhan menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu pada 3 Disember 2019.

Bagaimanapun, perkahwinan Da’i Farhan dan Erin hanya mampu bertahan lima bulan sahaja apabila berpisah pada April 2020.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.