Entertainment

Daiyan Trisha Doa Cepat Jumpa Jodoh Di Jabal Rahmah


Kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tidak melepaskan peluang untuk berdoa agar dipertemukan jodoh di Jabal Rahmah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Daiyan dilihat ada memuat naik entri menulis tentang kisah pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa di Jabal Rahmah selepas terpisah ratusan tahun.

BACA: Hilang Rasa Nak Melancong, Daiyan Trisha Tunai Umrah

“Jabal Rahmah merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.

“Ya Allah, Ya Tuhanku, semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin dah tiba masanya,” tulisnya.

Terdahulu, Daiyan berkata dia hilang rasa untuk melancong biarpun pintu sempadan telah dibuka. Katanya lagi, rupanya Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk kembali ‘terbang’ ke luar negara.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close