Entertainment

Dituduh Lari Bayar Hutang, Mawar Karim Dakwa Difitnah Individu Digelar ‘S’


Semalam hangat diperkatakan mengenai usahawan Mawar Karim yang didakwa lari membayr hutang berjumlah RM720,000 yang dipinjam daripada seorang kenalan.

Tampil mempertahankan dirinya, Mawar mendakwa dia difitnah oleh seorang individu digelar ‘S’. Mawar mendakwa lagi, ini bukan kali pertama dia fitinah.

BACA: Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000, Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap

“Wahai S, tak habis-habis lagi create cerita fitnah fasal saya. Final yr SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai (datang) bankrup pula dah.

“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” tulisnya di Instastory.

Terdahulu, media melaporkan bekas isteri pelakon Fizo Omar itu bakal berdepan pengisystiharan bankrap selepas didakwa ingkar perjanjian.

Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Bagaimanapun, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutang tersebut. Justeru itu, satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close