Entertainment

Dua Beradik Dilema Terpaksa Kerja Tanggung ‘Biawak Hidup’, Bapa Asyik Minta Duit Nak Pergi ‘Dating’ Dengan Skandal


Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Ditelan mati emak diluah mati bapa, itulah situasi yang dialami oleh dua beradik yang terpaksa menyara bapa ‘tersayang’ berikutan tidak mahu bekerja sejak mereka di bangku sekolah lagi. Kisah yang meraih perhatian ramai ini telah dikongsi personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Artikel Berkaitan: Didera Sejak Kecil, Ibu Angkat Paksa Pula Buat Mortgage Bayar ‘Ganti Rugi’ Besarkan Sejak Kecil

Artikel Berkaitan: Suami ‘Durjana’ Bagi Ubat Tidur Semata-Mata Nak ‘Bersama’ Dengan Isteri Sedang Berpantang

Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Sekadar gambar hiasan

Menerusi luahan tersebut, dua beradik yang berusia 19 dan 20 tahun menceritakan mereka terpaksa bekerja dan mencari duit berikutan mahu menampung kos belajar. Bagaimanapun upah yang diperoleh telah diambil oleh si bapa dan perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke kelas secara atas talian seperti biasa.

Kerja kedai makan malam. Upah RM40 ringgit satu malam. Tujuan kami berdua kerja pun sebab nak beli topup untuk on-line class.

Tapi kadang sampai seminggu tak dapat masuk class sebab tak ada duit nak beli topup. Lepas balik kerja mesti dia terus mintak.

Sebagai solusi bagi permasalahan tersebut, mereka cuba tidak memberikan wang yang diperoleh kepada si bapa. Namun, dia (bapa) bertindak ke kedai tempat mereka bekerja sebelum meminta duit di hadapan orang ramai yang secara tidak langsung memalukan mereka.

Saya malu ada ayah tak tak bertanggungjawab.

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, penderitaan tersebut berterusan selepas bapa mereka berkenalan dengan seorang wanita dari Indonesia yang telah lama menetap di Malaysia.

Kami kena bekerja untuk ayah supaya dia ada duit untuk bawa perempuan tu keluar berjalan. Setiap hari mintak duit setiap hari keluar. Kami yang kena bekerja. Ayah memang tak ada duit langsung.

Penat berdepan dengan situasi tersebut, si pengadu pernah menceritakan kepada bapanya dia tidak mahu lagi bekerja dan mahu memfokuskan kepada pelajaran namun, si bapa bertindak memarahinya.

Ayah marah dan suruh bekerja. Saya sedih, saya dan kakak kerja untuk tanggung dia. Dua hari lepas dia suruh kakak pinjamkan duit dekat makcik kami sebab nak belikan perempuan tu televisyen.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya



The next two tabs change content material under.

Don’t accept much less, all the time know your value.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close