Entertainment

Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Beraya Di Kampung Mertua


Sambutan hari raya tahun ini sememangnya cukup meriah apatah lagi selepas dua tahun tidak dapat kunjung mengunjung susulan pandemik.

Termasuklah buat pengacara dan pelakon in style Elly Mazlein dimana ini merupakan tahun pertama menyambut raya di kampung halaman suaminya Mohamad Azlan di Kelantan sejak bernikah pada Januari 2020.

BACA: Elly Mazlein Selamat Bersalin Anak Kedua

Baru-baru ini tular video di TikTok yang dikongsikan seorang netizen memaparkan Elly yang tidak kekok bergaul dengan keluarga di sebelah suaminya.

@meqdiksurah

kak elly mazlein comell ? #foryoupage #fyp

? authentic sound – ??? ??????? – ??? ???????

Difahamkan, dalam video itu Ellay bertandang ke rumah sepupu suaminya. Elly dilihat manis dan sopan berbaju kurung kuning duduk bersimpuh sambil menikmati juadah raya bersama anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.

Pengguna TikTok itu turut memuji cara Elly membawa diri serta mengatakan pengacara itu sangat rendah diri dan tidak sombong.

Malah, ada yang pernah bertemu dengan Elly berkata selebriti itu seorang yang lemah lembut dan sememangnya jauh berbeza dengan di atas pentas.

Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok itu yang tetap menjaga privasi anak sulung Elly





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close