Entertainment

Emunakahat : Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang


Insentif khas pasangan pengantin Pahang boleh di pohon melalui portal emunakahat Pahang. Insentif ini merupakan salah satu bantuan kerajaan Pahang untuk membantu memudahkan urusan perkhawinan pasangan pengantin yang pasangan lelakinya mempunyai pendapatan di bawah RM5000 sebulan.

Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang

Salah satu Projek Dan Program Khas Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2020

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail berkata, insentif ini akan diberikan kepada pengantin lelaki yang berpendapat RM5,000 ke bawah bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka.

Menurutnya, bagaimanapun pemberian intensif itu tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

Emunakahat Pahang

emunakahat pahang

Merupakan portal sistem maklumat perkawinan pahang yang diselia di bawah jabatan agama islam negeri pahang. Selain insentif  khas pasangan pengantin ianya mengandungi maklumat berkaitan

  • Permohonan kursus pra perkhawinan islam Pahang
  • Perkhawinan
  • Pencerian
  • Ruju’
  • Khidmat nasihat

Syarat Kelayakan

Insentif ini disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Tidak Layak

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  • Nikah tanpa kebenaran
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00

Dokumen di Perlukan

Permohonan mestilah disertakan dengan:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon

Borang Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun menerui pautan berikut

Cara Mohon

  • Lengkapkan borang permohonan
  • Sertakan dokumen berkaitan
  • Hantar borang permohonan beserta dokumen yang telah disahkan ke pejabat agama islam daerah masing-masing

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai portal Emunakahat atau insentif khas pasangan pengantin pahang, anda boleh layari https://emunakahat.pahang.gov.my/ atau hubungi ;

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang
Jabatan Agama Islam Pahang
Tel : 09-42711111



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.