Entertainment

Fazura Beri Hint Mahu Anak Kedua?


Baru-baru ini perkongsian pelakon Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama suami dan anaknya di Instagram.

Video itu memaparkan Fazura sedang berjalan bersama Fattah sambil mendukung anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya.

BACA: Fazura Rasa Dihargai, Fattah Amin Hadiahkan Bunga Sempena Hari Ibu

Apa yang menjadi mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Fazura seolah merancang mahukan anak kedua.

Fazura menulis kenangan jalan bertiga dan mungkin tak lama lagi jadi berempat. Fazura juga turut meminta peminatnya untuk mendoakan yang terbaik.

Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka untuk menimang cahaya mata kedua.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan permata hati sulung diberi nama Nur Fatima Aisya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close