Entertainment

Genap Setahun, Akhirnya Miera Liyana Tayang Wajah Anak


Pelakon Miera Leyana akhirnya berkongsi wajah puteri sulungnya kepada umum selepas genap setahun usia anaknya itu.

Menerusi Instagram, Miera memuat naik foto sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama anak perempuannya yang diberi nama, Rachel Aisyah yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu.

BACA: Sibuk Uruskan Anak, Miera Liyana Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

“Hai permaisuri kecil, kamu bukan anak kecil yang biasa. Kamu dilahirkan dengan penuh rahmat daripada Allah.

“Saya tahu suatu hari nanti, kamu akan membuatkan kami berbangga. Kami menjadi orang yang pertama bertepuk tangan dengan segala pencapaianmu. Selamat ulang tahun kelahiran pertama Rachel Aisyah,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen teruja akhirnya dapat melihat wajah anak pelakon itu selepas sekian lama menanti.

Terdahulu, Miera berkata dia memilih untuk tidak menghebahkan mengenai kelahiran cahaya matanya itu kepada umum.

Malah, Miera turut menghormati permintaan suaminya untuk tidak menunjukkan wajah anak mereka sehingga berusia empat bulan.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.