Entertainment

Hampir 4 Jam DSV Disiasat SKMM, Penari Dalam MV Raya Sekadar Untuk Hiburan


Nampaknya selepas Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) petang semalam.

Ia bagi membantu siasatan susulan kontroversi video muzik (MV) lagu rayanya berjudul Muah-Muah Raya. Vida memberitahu hampir empat jam dia memberikan keterangan.

BACA:  Video Muzik Raya Kontroversi, DSV Pula Dipanggil SKMM

“Setelah hampir empat jam mereka tanya bagai-bagai. Saya buat sebagai hiburan saja, tak ada maksud apa-apa pun.

“Tapi nak buat macam-mana, saya jadikan pengajaran, ambil yang baik sajalah. What past is past,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata tujuannya mengundang penari tersebut hanya mahu memeriahkan MV lagu berkenaan.

“Takkan itu tak boleh fikir kan lagu sedap, saya perlukan penari tak meriah lah kalau tak ada penari. Penari dah datang macam tu, saya nak buat macam-mana,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close