Entertainment

Ingin Jadikan Bulan Sebagai Hab, Saintis Berjaya Tanam Pokok Guna Tanah Bulan


Dengan menggunakan tanah di bulan yang dikumpulkan ketika misi Apollo ke bulan, akhirnya saintis berjaya menanamkan tumbuhan menggunakan sampel terbabit.

Pokok ditanam guna tanah bulan

Menerusi laporan CNN, ia merupakan kali pertama pokok yang ditanam dengan menggunakan sampel tanah daripada planet lain berjaya tumbuh dan membesar di bumi.

Dalam pada itu, kajian yang telah dijalankan oleh para saintis itu berkemungkinan besar akan menjadi pemangkin untuk menanam tumbuhan bagi membekalkan makanan serta oksigen ke bulan.

Namun, eksperimen terbabit mendedahkan bahawa pokok-pokok yang ditanam itu ‘tertekan’ kerana tumbuh dalam tanah bulan yang berbeza dengan tanah di muka bumi ini.

Difahamkan, pelbagai jenis tumbuhan termasuklah tanaman makanan diterbangkan dengan menggunakan pesawat secara ulang-alik dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Mereka juga menanam benih tumbuhan Arabidopsis Thaliana yang berkaitan dengan sayur-sayuran jenis sawi.

Buktikan sampel tanah bulan tak bahaya

Menurut profesor penyelidik sains hortikultur di Univerisiti Florida Institusi Makanan dan Sains Pertanian, eksperimen terbabit telah membuktikan bahawa sampel bulan tidak berbahaya kepada kehidupan di bumi.

Tumbuhan membantu untuk membuktikan bahawa sampel tanah dari bulan tidak mengandungi patogen atau kompenen lain yang tidak diketahui.

Ia berkemungkinan akan membahayakan kehidupan darat tetapi tumbuhan berkenaan hanya ditaburi dengan regolit (tanah) bulan.

Walau bagaimanapun, tumbuhan terbabit tidak berkembang dengan jayanya ketika benih terbabit bercambah dan membesar.

Tanah bulan sebenarnya tidak mempunyai banyak nutrien untuk menyokong pertumbuhan tumbuhan tersebut.

Susulan daripada itu, saintis yang turut sama menjayakan kajian terbabit, Profesor Rob Ferl mengatakan bahawa pihaknya ingin mengambil langkah yang lebih jauh dan melihat sama ada benih-benih tumbuhan akan tumbuh di tanah bulan atau tidak.

Untuk misi angkasa lepas yang lebih panjang, kami akan menggunakan bulan sebagai hab atau landasan pelancaran.

Sumber : CNN, CNET



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.