Entertainment

Iqbal Sediakan Baju Branded Untuk Maid, Gaji Sampai RM5,000


Baru-baru ini, usahawan sensasi Ahmad Iqbal memaklumkan mahu mencari tiga orang pembantu rumah namun dengan syarat mestilah berusia 40 tahun keatas.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Iqbal berkata dia mahu pembantu rumah berusia kerana sebelum ini beberapa kali pernah digoda pembantu rumah.

BACA: Wanita Cepat Jatuh Hati Dengannya, Iqbal Tak Mahu Ambil Maid Muda

“Arwah ibu saya tidak suka saya ada pembantu rumah kerana ada kes wanita cuba menggoda saya. Bukan sekali dua tapi berulang kali. Ini privasi untuk saya ceritakan lebih.

“Namun kali ini saya tidak dapat bertahan dek kesibukkan saya terlaly memerlukan orang untuk menjaga kelancaran harian saya.

“Untuk elakkan ada isu gangguan saya terpaksa ambil pemabntu yang boleh berdiri sebagai sifat keibuan. Selain itu risiko kes pembantu lari mencari lelaki sedikit kurang jika ambil lebih berusia,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia akan menilai prestasi mereka terlebih dahulu dan sanggup membayar gaji RM5,000 jika layak.

Malah, pembantu rumahnya juga perlu menjaga imej serta memakai pakaian berjenama jika menemaninya keluarga bekerja.

“Sekarang ni saya dah temuduga dua orang pembantu. Tentang gaji kita menilai prestasi mereka dulu, untuk permulaan saya bayar gaji customary pembantu rumah dan maksimum gaji mungkin boleh mencapai RM5,000/

“Mereka juga akan dijaga mengenai penampilan, lagi pula jika perlu menemani saya kerja di luar, semestinya perlu pakai baju branded dan perlu nampak kemas, saya akan layan mereka sama macam keluarga,” katanya.

Ditanya mengapa perlukan sampai tiga orang pembantu, Iqbal berkata setiap pekerja akan melakukan tugas tertentu supaya tidak terbeban dengan kerja yang terlalu banyak.

“Saya memerlukan banyak kemahiran berbeza. Ada yang saya akan fokus untuk masakan, ada yang pembersihan dan pakaian, ada pembantu perlu ikut saya keluar. Untuk kucing saya perlu dihidangkan daging empat kali sehari,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close