Entertainment

Iqbal Zulkifli Kini Bergelar Bapa, Ambil Anak Angkat Lelaki


Sebelum ini usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli mengakui sunyi serta meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat. Katanya lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut.

Terbaru, impian usahawan Iqbal Zulkefli untuk memiliki seorang anak akhirnya dimakbulkan apabila mengambil seorang anak angkat lelaki baru berusia tujuh hari.

BACA: Iqbal Zulkefli Dah Sedia Duit Raya RM100,000, Kalau Nak Kena Jumpa Depan-Depan

Berkongsikan perkhabaran gembira itu di Instagram, Iqbal berkata buat masa ini dia tidak boleh mendedahkan wajah anaknya itu kepasa umum.

Menurut Iqbal lagi, dia yang akan menguruskan dari segi penjagaan anak angkatnya itu serta memohon doa agar dia dapat menjaga anaknya itu dengan sempurna.

Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang mencadangkan nama yang sesuai untuk bayi tersebut. Malah, ada yang memberikan nama yang lucu.

 





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.