Entertainment

IWK Tetap Hulur Bantuan Banjir Biarpun Loji Rosak Cecah RM7 Juta


Seperti yang anda sedia maklum, banjir yang berlaku baru-baru ini telah melibatkan banyak penduduk di Selangor dan juga Pahang.

Banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan dan tidak terkecuali, pihak Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd yang meneruskan usaha IWKCares dalam menghulurkan bantuan kepada beberapa komuniti yang terjejas akibat bencana kejadian banjir yang berlaku.

IWK menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa rumah mangsa banjir termasuk kakitangan IWK dan komuniti setempat

Kalau anda nak tahu, syarikat perkhidmatan pembetungan nasional ini telah menyampaikan beberapa bentuk bantuan termasuk perkhidmatan mengosongkan tangki septik secara percuma, penyediaan bekalan keperluan asas dan makanan, serta membantu mencuci rumah mangsa termasuk kakitangan IWK yang terlibat.

Bukan itu jer, IWK turut memperuntukkan bantuan berupa barangan keperluan asas bernilai RM50,000.00 untuk diagihkan segera kepada keluarga yang terlibat di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta kakitangan IWK.

IWK menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa rumah mangsa banjir termasuk kakitangan IWK dan komuniti setempat

Pada masa yang sama, IWK turut bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan menyediakan sebanyak 32 buah tandas bergerak kepada lapan (8) buah PPS.

IWK bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan menyediakan sebanyak 32 buah tandas bergerak kepada lapan (8) buah PPS

Banyak Kerosakan Loji Rawatan Air

Banjir besar yang melanda baru-baru ini juga telah mengakibatkan kerosakan kepada lebih kurang 254 loji rawatan air kumbahan IWK, dengan jumlah kerugian sekitar RM7 juta. Pergh banyak tu.

IWK memberi perkhidmatan nyahenap cemar, iaitu pengosongan tangki septik secara percuma kepada kawasan yang terjejas ikutan insiden banjir baru-baru ini

Kebanyakan loji-loji tersebut berada di sekitar negeri Selangor dan Pahang. Pihak syarikat hanya dapat memeriksa kadar kerosakan yang tepat sebaik sahaja lokasinya boleh dimasuki, serta disegerakan proses pembaikan.

Proses Baikpulih Telah Bermula

Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat IWK, proses membaikpulih kerosakan tersebut telah bermula di beberapa loji, dan dijangka akan kembali beroperasi dalam waktu terdekat sebaik sahaja peralatan diganti dan bekalan tenaga elektrik pulih.

IWK memberi bantuan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana banjir melalui program IWK Cares berbentuk makanan, minuman dan pelitup muka kepada mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara

“Biarpun IWK turut merasai kesan bencana banjir terutama apabila banyak rumah kakitangan IWK yang terkesan dan loji-loji IWK yang rosak, namun semangat kekitaan dan bantuan segera tetap kami sampaikan mengikut keupayaan kami,” menurut kenyataan berkenaan.

Pelbagai Sumbangan Diberikan

Sumbangan segera yang diberikan termasuk barangan cucian rumah, lampin bayi, tuala wanita, pelitup muka, pakaian serta pek makanan dan minuman kepada mangsa banjir. Malah, perkhidmatan pengosongan tangki septik secara percuma turut diberikan kepada beberapa premis di Selangor dan Pahang.

IWK menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa rumah mangsa banjir termasuk kakitangan IWK dan komuniti setempat

Beberapa kakitangan IWK bersama-sama dengan sukarelawan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air, turut sama dalam membantu mencuci rumah mangsa banjir di beberapa kawasan di Selangor.

IWK memberi bantuan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana banjir melalui program IWK Cares berbentuk makanan, minuman dan pelitup muka kepada mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara

Untuk pengetahuan anda, inisiatif “IWKCares” telah dijalankan sejak pandemik Covid-19 dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan yang memerlukan termasuk bencana banjir.

Moga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak IWK ini dapat meringankan beban bagi penduduk yang terkesan.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close