Entertainment

‘Jangan Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers Yang Umur 21 Tahun Ke Atas’ – Joe Flizzow


Penyanyi rap terkenal Joe Flizzow menitipkan pesanan khas kepada jejaka berumur 21 tahun ke atas yang mengenakan baju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri.

Gua jumpa, gua mesti rembat!

 

View this publish on Instagram

 

A publish shared by sneaker-LAH (@sneakerlah)

Menerusi sebuah video pendek di Instagram @sneakerlah, Joe, 43, menekankan etika pemakaian baju Melayu supaya nampak sempurna dan kemas.

Kata Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, memakai baju Melayu bersama ‘sneakers’ tidak sesuai untuk dewasa kerana baginya lebih ‘molek’ pada kanak-kanak.

Untuk lelaki yang sudah matang, seeloknya memakai kasut atau capal dengan penampilan tersebut.

Selamat hari raya semua. Ini adalah pesanan untuk semua yang berumur 21 tahun ke atas. Kalau anda memakai full set baju melayu iaitu songkok, baju kancing, sampin.. tolong jangan pakai dengan sneakers.

Tolonglah jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Please, please.

Itu untuk budak-budak kecik, kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua mesti rembat lu.

Netizen bagi pendapat sendiri

Perkongsian rakaman selama 50 saat itu telah menarik perhatian orang ramai untuk meninggalkan komen. Ada warganet yang bersetuju dengan pendapat penerbit muzik ini kerana ingin mengekalkan adat budaya dan tradisi.

@syajari: Hormat budaya kita. Lemak cecah cheese tak kena.

@__ahmadfikri__: Nak betul-betul nampak Melayu jangan pakai kasut nampak macam formal. Nak betul-betul Melayu pakai selipar capal.

@modernitythriftshop: Dia (Joe) tekankan tentang budaya dan adat pemakaian Melayu. Kena faham.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang membantah kerana berpendapat itu adalah hak individu untuk berfesyen.

@arvip: Maaf tak setuju, vogue ini bebas tak ada kata kena ikut kepala President.

@rvdziiforgram: Fesyen adalah subjektif. Itu hanya pendapat dia, tak semestinya kita kena ikut.

@fzhd.official: Biar mereka pakai apa yang membahagiakan mereka, lain orang lain cara menyambut hari bahagia. Kalau diorang gembira nak pakai sneakers pada hari raya, biarkan. Ini adalah hari raya, hari orang gembira. Itu sahaja yang penting.

Sumber: Instagram @sneakerlah





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.