Entertainment

“Jangan Sesekali Sanjung Saya” – Saharul Ridzwan


Kini aktif menyebarkan dakwah dan berhijrah ke arah lebih baik, pelakon Saharul Ridzwan berkata dia hanya insan kerdil apabila ramai terinspirasi dengan perubahan dirinya.

Memetik Harian Metro, Saharul berkata perkongsiannya di media sosial bukan berniat untuk menunjuk tetapi untuk mengajak pengikutnya ke arah kebaikan.

BACA: 10 Tahun Sibuk Berlakon, Saharul Ridzwan Akui Jarang Pergi Masjid

“Bab ini agak sensitif untuk saya jawab tapi ramai juga yang cakap bila dah semakin dekat dengan Islam tidak semestinya kita perlu tunjuk di media sosial. Tidak kurang juga yang kata nak buat baik biarlah simpan untuk diri sendiri saja.

“Tapi saya ambil pendekatan selama 10 tahun berlakon saya selalu ajak orang ke arah hiburan dengan drama-drama saya, tapi sekarang ini saya nak gunakan kelebihan yang memiliki empat juta pengikut di Instagram untuk sesuatu yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Saharul meluahkan rasa syukur jika ada yang mengikutnya ke arah kebaikan namun dia meminta supaya jangan menyanjunginya kerana dia hanya oran biasa.

“Kalau sebelum ini umum mengenali saya sebagai pelakon saja, tapi sekarang ini saya cuba kongsikan apa yang saya pakai, tutur, makan dan minum sebagai asbab kebaikan untuk semua yang kenal saya.

“Jadi siapa yang ikut saya itu Alhamdulillah tapi jangan sesekali sanjung sebab saya tiada apa-apa. Saya hanya orang biasa yang nak buat kebaikan untuk semua,” katanya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.