Entertainment

Kantoi Kaki Perempuan, Isteri Untung RM24k Lelong Barang ‘Branded’ Milik Suami – ‘Nak Kurangkan Sampah Dalam Rumah’


Sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Selain tiada persefahaman antara suami isteri, kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga juga merupakan salah satu sebab kepada perceraian atau perpisahan.

Itulah yang dilalui ibu muda dari Filipina ini apabila mengetahui suami tercinta tergamak berlaku curang di belakangnya.

Jual barang ‘branded’ suami

Meskipun kecewa dengan tindakan si suami, tetapi ibu kepada tiga anak yang dikenali dengan nama Jamille Margarita Galvez ini terus bangkit dari kesedihan demi masa depan yang lebih baik. Menurut sumber, Jamille nekad melelong kesemua barangan berharga dan berjenama milik suaminya seperti kemeja, topi dan kasut di Reside FbJamille juga sempat bergurau dalam bahasa Tagalog dengan mengatakan bahawa dia ingin mengurangkan ‘sampah’ yang ada di dalam rumahnya namun tetap ingin memperoleh wang kerana tidak mahu membazir dengan membuang barangan tersebut.

Wanita berkenaan turut berseloroh dengan mengatakan bahawa pembeli perlu menanggung risiko kerana ada kemungkinan barangan dilelong sudah terkena ‘kutukan’ si lelaki selingkuh. Malahan, wanita ini juga ‘berharap’ agar suaminya menonton sesi lelongan itu supaya dia dapat melihat kesemua barangan berjenamanya telah dijual.

Hasil jualan lelong yang dilakukan, wanita tersebut telah meraih pendapatan sebanyak 300 ribu Filipina Peso bersamaan dengan RM 24257.70.

Sumber: Malay Mail, Jamille Margarita Galvez



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.