Entertainment

Kena Marah Sebab Malas Kerja, Suami Kelar Leher Isteri 14 Kali, Mangsa Jerit Minta Tolong – ‘Dia Minta Saya Bunuh Dia’


January 19th, 2022 | by Shira

Kini Trending

Foto: Today Line

Seorang lelaki Indonesia tergamak menikam isterinya sebanyak 14 kali kerana berang dengan tindakan wanita itu yang dikatakan sering ‘membebel’ dan ‘memaksanya’ mencari kerja.

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, insiden ngeri itu berlaku di rumah tumpangan suspek, Khanifah dan isterinya, Indah Safitri yang terletak di Semarang Barat, Jawa Tengah, Indonesia. Difahamkan, sebelum kejadian berlakunya pertengkaran antara suspek dan mangsa di mana wanita itu memarahi suaminya kerana malas mencari kerja.

Suspek dikatakan enggan mencari kerja dengan alasan dia mengalami masalah kesihatan akibat kemalangan yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu. Tidak terhenti di situ, suspek mendakwa dia sering mengalami pening kepala dan hal tersebut secara tidak langsung membataskan fokusnya untuk bekerja.

Berikutan daripada itu, dia meminta untuk mendapatkan rawatan tetapi mangsa dikatakan berterusan memarahinya kerana menjadi penganggur dan disebabkan itu suspek mula terasa hati.

Foto: Tribunnews

Bercerita dengan lebih lanjut, suspek mengaku ketika pertengkaran berlaku, dia telah meminta mangsa untuk membunuhnya memandangkan penyakitnya itu tidak akan sembuh. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mangsa yang dikatakan kecewa kemudian meminta suspek membunuhnya. Menurut sumber, mangsa dikatakan sempat menjerit meminta tolong.

Ya, memang isteri saya minta dibunuh. Akhirnya saya bunuh isteri saya dengan mengelar lehernya.

Suspek kemudian pergi ke rumah ibu mertuanya untuk menjemput anak bongsunya. Menurut suspek, dia tahu isterinya itu sudah meninggal dunia dan disebabkan itu dia membawa anak bongsunya ke kedai runcit kerana tidak mahu kanak-kanak itu pulang ke rumah dan melihat mayat ibunya di sana.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bahawa lelaki itu telah menikam mangsa sebanyak 14 kali dan suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sumber: Tribunnews, Today Line



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close