Entertainment

Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia


Foto: Greelane.com

Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 di MySejahtera yang disifatkan menepati Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) kesatuan berkenaan.

Artikel Berkaitan: Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan Untuk Tujuan Kesihatan Awam

Artikel Berkaitan: Khairy Nafi Kerajaan Akan Jual Aplikasi MySejahtera Kepada Pihak Swasta

Artikel Berkaitan: Prosedur Operasi Commonplace (SOP) Bagi Warganegara Yang Hilang Standing Lengkap Vaksin 1 April ini

Setara dengan sijil digital Covid-19 EU

Foto: FreeMalaysiaAs we speak

Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen dalam satu kenyataan berkata, EU telah menerima sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia yang setara dengan Sijil Digital Covid-19 EU.

Sijil vaksinasi dan ujian Covid-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia mengikut ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ bagi tujuan memudahkan hak pergerakan bebas dalam sebuah kesatuan, dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953.

Malaysia akan dihubungkan dengan rangka kerja amanah Sijil Covid Digital EU yang ditubuhkan oleh Peraturan (EU) 2021/953.

Aplikasi MySejahtera juga mengandungi sijil ujian pengesahan Covid-19 bagi ujian real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Response (RT-PCR) tetapi bukan ujian antigen pantas

Perkara itu sekali gus memudahkan pergerakan pengembara Malaysia di negara anggota EU.

Bantu mudahkan pengembara ke EU

Foto: Harian Metro

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengiktirafan itu diberi kerana mereka berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan dan kesahihan sistem berkenaan.

Sistem yang kita bangunkan memang suitable dengan EU dengan WHO dan kita melalui MOSTI, bukan KKM sebab di bawah MOSTI, sedang berunding dengan semua negara-negara yang yang besar, destinasi pelancongan untuk kita, destinasi pelaburan supaya diiktiraf MySejahtera.

Ini banyak membantulah pengembara daripada Malaysia nanti, pergi ke EU tidak ada masalah, boleh tunjuk MySejahtera, boleh diintegrasi dengan sistem mereka

Khairy juga turut berkongsi berita gembira itu di akaun Twitter miliknya pula berkata, ia adalah penyambungan semula hubungan antara Malaysia dan EU.

Sumber: Astro Awani Kosmo



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close