Entertainment

Lelaki Kongsi Video Rindukan Treler Rentung Dibidas Netizen – ‘5 Nyawa Melayang, Kau Risau Pasal Lori’


Beberapa hari ini, nahas tragis yang mengorbankan lima orang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Terowong Menora menjadi bualan pengguna media sosial.

Kemalangan tersebut berlaku selepas sebuah treler dengan muatan mozek merempuh sebuah kereta dari arah belakang.

Rindu treler rentung

Tangkap layar video @kishok3535kumar

Di saat ramai masih lagi sedih serta ada yang meratapi pemergian kelima-lima mangsa nahas tersebut, lain pula yang dikongsikan seorang pemandu lori di laman TikTok. Pengguna @kishok3535kumar telah berkongsikan video keadaan treler yang rentung itu dengan kapsyen meluahkan kerinduannya terhadap treler tersebut.

Saya sangat merinduimu kesayangan. Kembalilah.

Melihat kepada perkongsian video tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati selepas membaca kapsyen yang ditulisnya. Mereka berkata, pemilik akaun tersebut tidak bersifat simpati terhadap keluarga yang masih lagi sayu akan pemergian 5 sekawan itu.

Di samping itu, ramai juga yang membuat perbandingan bahawa lori tersebut masih boleh dibeli, jika ingin dibandingkan dengan 5 nyawa yang telah terkorban itu.

Bukan pemandu hari kejadian

Walau bagaimanapun, difahamkan pengguna yang berkongsi video tersebut bukanlah pemandu yang terlibat, namun dikatakan mempunyai kaitan dengan lori tersebut.

Sumber: TikTok @kishok3535kumar



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close