Entertainment

Michael Ang Lancar Single Pertama, Awal-Awal Dah Pesan Jangan Suruh Nyanyi Live Atas Pentas


Kini Trending

Bukan sahaja bergelar pelakon dan pengarah, Michael Ang kini menjadi seorang penyanyi. Menerusi Youtube Indigital Music, Michael Ang telah melancarkan single pertamanya iaitu ‘Cinta atau Propa’, hari ini.

Lagu ciptaan Killa Driz itu mula ditayangkan di Youtube sekitar pukul 3 petang tadi. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan, lagu tersebut juga merupakan kerjasama di antara Killa Driz dan Hafiz Hamidun. Setakat ini, lagu ‘Cinta atau Propa’ itu sudah ditonton lebih daripada 2 ribu orang. Menurut netizen, lagu tersebut sangat ‘catchy’ dan sesuai dengan industri muzik semasa. Di samping itu, netizen meluahkan rasa suka mendengar lirik lagu ‘Cinta atau Propa’ itu. Ini kerana, setiap bait-bait lirik mempunyai makna yang tersirat.

Terdahulu, Michael Ang menyatakan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk menerima kritikan daripada peminat muzik tanah air. Ujar Michael, dia sedar kemampuan dirinya dan selepas ini akan memberi kritikan yang membina kepada penyanyi dan pemuzik lain memandangkan dia sendiri sudah melalui proses rakaman lagu.

Sebelum ini, saya dah pernah cuba pelbagai kerja-kerja seni dari pengarahan, penerbitan, lakonan, penulisan skrip sehinggalah pengacaraan. Sekarang, saya nak cuba satu lagi cabang yang belum pernah saya cuba iaitu menyanyi. Selepas ini, saya akan ‘tone down’ kritikan saya kepada penyanyi memandangkan saya juga sudah ada pengalaman sendiri, menjalani proses rakaman yang tidaklah semudah disangka.

Sejujurnya, saya tahu saya tak boleh menyanyi. Saya pekak nada (tone deaf) dan hanya pandai komen sebagai pendengar saja. Ada orang tawarkan dan mula-mula, saya tolak. Tapi, bila saya dengar lagu itu, rasa macam comel pula. Jadi, saya cakap, boleh cuba untuk rakamkan. Namun, jangan sesekali meminta atau memaksa saya nyanyikan secara langsung di atas pentas. Cukuplah sekadar rakam lagu dan buat muzik video.

Jelas Michael Ang lagi, dia tidak mempunyai niat untuk menjadi penyanyi. Projek yang dilakukan ini sekadar suka-suka sahaja.

Sumber: Indigital Music



The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close