Entertainment

Mula-Mula Bergurau, Kaki Kanak-Kanak 8 Tahun Dibakar Rakan


Sekadar gambar hiasan

Bermula dengan bergurau senda pada awalnya, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Jakarta Timur, Indonesia dibakar pada bahagian kaki oleh rakan-rakannya.

Mula-mula hanya bergurau

Sekadar gambar hiasan

Menurut pegawai polis di Pasar Rebo, M Marbun, pada awalnya mereka hanya bergurau sahaja. Tidak lama selepas itu rakan-rakannya bertindak membakar kaki mangsa, namun tiada luka serius yang dialami oleh kanak-kanak terbabit. Walau bagaimanapun, pihak polis menyatakan bahawa tiada tanda-tanda mereka ingin mencederakan mangsa dengan sengaja.

Mereka sedang bergurau, dah nama pun kanak-kanak memang suka bergurau sambil cakap ‘bakar aku, bakar ni’.

Tunggu keluarga mangsa buat keputusan

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, pihak polis menghubungi ibu bapa mangsa serta rakan-rakannya untuk berdamai dan melihat keadaan luka mangsa sama ada ia semakin teruk atau tidak.

Kami minta keluarga mangsa untuk datang ke balai polis untuk berdamai tapi mereka sudah berdamai terlebih dahulu. Jadinya kita nak tengok luka mangsa tu sama ada teruk atau tidak.

Terdapat tekanan ataupun tidak. Jadi kita tunggu keluarganya nak buat keputusan macam mana.

Sumber : Indo Zone



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close