Entertainment

Neelofa Mengidam Nasi Dagang, Terus Dihantar Depan Rumah


Selepas sekian lama berteka-teki, selebriti popular Neelofa memberitahu bahawa dia kini berada di fasa terkahir kehamilan dan bakal menimang cahaya mata sulung.

Baru-baru ini, perkongsian Neelofa menjadi perhatian apabila mengidam dan membuat tempahan nasi dagang sebelum memasuki tempoh berpantang tidak lama lagi.

BACA: Tenang Dengar PU Riz Bacakan Zikir, Neelofa Terkejut Bayi Tiba-Tiba Menendang

Perkara itu turut dikongsikan oleh sebuah outlet menjual nasi yang popular, Grannies berkongsikan di akaun TikTok perbualan tempahan nasi dagang oleh Neelofa.

Dalam video tersebut turut memaparkan pihak mereka terus membuat penghantaran nasi dagang ke rumah bekas pengacara MeleTOP itu.

Neelofa juga sempat memberi ulasan mengatakan bayi dalam kandungannya sudah kenyang menikmati nasi dagang.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizne yang terhibur dengan aksi Neelofa sempat memesan Nasi Dagang kerana mengidam.

Malah, ada netizen mahu mencuba nasi dagang tersebut selepas ianya ditempah Neelofa. Kata netizen, pasti ianya sedap sehingga selebriti turut menempahnya.

Terdahulu, Neelofa berkata dia kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi sulungnya bagaimanapun enggan mendedahkan jantina cahaya mata pertamanya bersama PU Riz itu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close