Entertainment

Netizen Tanya Boleh Ke Jual Kuih Waktu Pagi Masa Ramadan, Ustaz Azhar Idrus Cakap Haram Untuk Geng Plastik Hitam


Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal dengan gaya penyampaian bersahaja selain pekat slanga Terengganu.

Artikel Berkaitan: ‘Islam Bukan Agama Larang Hiburan Tetapi Jangan Sampai Buang Duit’ – Giliran Ustaz Azhar Idrus ‘Sentuh’ Pasal Konsert Justin Bieber

Bukan bulan tutup kedai

@zulaikhaysf Jual kuih disiang hari ketika puasa. #dakwahislam #ustazazharidrus ? Allahumma Labbaik – Sabyan

Menerusi sebuah rakaman video, Ustaz Azhar menjawab pertanyaan daripada orang ramai dan salah satu soalan adalah tentang jual kuih pada waktu siang ketika bulan Ramadan.

Kata Ustaz Azhar, Islam tidak melarang untuk berniaga makanan di siang hari namun jelasnya hanya boleh dijual kepada golongan yang tidak wajib berpuasa seperti kanak-kanak.

Kalau buat kuih bulan puasa, jual pagi-pagi boleh tak? Kenapa tak bolehnya. Bukan bulan puasa bulan tutup kedai. Dah kata tak boleh.. Tak boleh jual makanan kepada orang yang wajib puasa untuk makan ketika siang puasa.

Kita jual makanan pagi, untuk budak-budak kecil nak makan. Budak kecil wajib tak puasa? Tak lah.. empat tahun, tiga tahun, dua tahun nak makan kuih.

Tapi jika kita jual makanan, ada orang yang wajib puasa, dia beli makanan nak makan pada waktu siang, haram jual. Kedai nasi tengah hari, jual dekat pintu belakang.. itu semua makan haram. Kerana apa? Geng-geng yang plastik hitam tak puasa beli dekat dia.

Mana ada ulama larang

Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut menjelaskan wanita yang didatangi haid dibenarkan makan tetapi tidak di hadapan suami bagi yang sudah berkahwin.

Dah kalau kita jual dekat orang yang tak wajib puasa boleh? Tak akan budak-budak saja. Orang perempuan haid boleh tak makan? Boleh.

Yang kata ulama larang.. Mana ada. Ulama larang makan di hadapan suami dia. Suami dia tak haid.

Sumber: TikTok @zulaikhaysf



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.