Entertainment

Nikki Palikat, Aliff Aziz & Aweera Antara Finalis Yang Bakal Raih Top 3 Malam Ini?


Kini Trending

Menjelang pentas akhir Gegar Vaganza 8 malam ini, ramai nampaknya dah tak sabar untuk melihat persembahan artis kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa sukar membuat ramalan mengenai siapa bakal juara untuk musim kali ini.

Walaupun berat untuk kami menulis namun harus diakui penyanyi, Aweera mempunyai kelebihan tersendiri dari segi vokal dan cara persembahan. Pernah berada di kedudukan paling teratas di episod separuh akhir, Aweera antara finalis yang diramalkan akan mengungguli kedudukan tiga teratas untuk konsert akhir malam ini.

Bakal menyanyikan lagu ‘Beggin’ nyanyian The Four Seasons dan lagu ‘Sepi’ duet bersama Liza Hanim, penyanyi ini juga dijangka akan memberi persaingan yang sengit buat Aliff Aziz dalam pusingan battle nanti. Kedua-dua mereka akan battle lagu ‘Bangun’ nyanyian Aman Ra.

Pernah mendapat kedudukan yang pertama sebanyak dua kali dan kedudukan yang kedua sebanyak lima kali, suami kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz merupakan peserta GV8 yang paling konsisten sepanjang minggu. Meskipun, dihujani pelbagai dakwaan seperti menjadi ‘anak emas’ sebuah stesen televisyen dan asyik dapat lagu ‘makanan sendiri’, Aliff sering memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan yang dilakukan olehnya. Bukan itu sahaja, vokal dan cara penyampaian Aliff setiap minggu disukai oleh para juri.

Untuk malam ini, Aliff akan menyanyikan lagu ‘Sampai Syurga’ nyanyian Faizal Tahir dan lagu duet ‘Dealova’ bersama Hafiz Suip. Korang mesti tak sabar kan?

Sejak awal kemunculannya di pentas Gegar Vaganza, nama Nikki Palikat ini antara yang menjadi sebutan para penonton. Bukan sahaja memiliki kelab peminat yang ramai, Nikki juga merupakan peserta kegemaran para juri. Pernah meraih tempat pertama sebanyak tiga kali dan dua standing ovation daripada bunda Hetty, Nikki dilihat berjaya menyahut setiapa cabaran yang diberikan kepadanya.

Di pentas akhir malam ini, Nikki akan menyanyikan sebuah lagu yang sangat sedih iaitu ‘Terasing’ nyanyian Dato Sudirman Haji Arshad. Adakah Nikki bakal membuatkan bunda Hetty menangis dan berdiri sekali lagi? Nantikan! Untuk lagu duet, Nikki digandingkan dengan Idayu. Mereka akan menyanyikan lagu ‘Mengapa’ nyanyian Nicky Astria. Lagu ini dikatakan sangat sesuai buat mereka berdua. Ini kerana, Nikki dan Idayu mempunyai vokal yang mantap dan tenaga yang luar biasa ketika melakukan persembahan. Di pusingan battle, Nikki akan berhadapan dengan Suki Low. Mereka akan menyanyikan lagu ‘Gangnam Style’.

Berikut merupakan ramalan daripada pihak OhBulan! Kalau korang ada ramalan sendiri, sila nyatakan di ruangan komen okay!



The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close