Entertainment

Nur Khawla Soleha Nama Anak Ernie Zakri, Syamel


Selepas tujuh hari menimang cahaya mata sulung, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel mengumumkan nama anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha.

Perkara itu diumumkan oleh Ernie menerusi Instagram miliknya semalam. Menerusi entri itu, Ernie turut mendoakan Khawla menjadi anak yang solehah. Dalam posting tersebut, Ernie berkongsikan gambar memaparkan genggaman tangan mereka bertiga.

BACA: Ernie Zakri Selamat Bersalin Anak Perempuan

“Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT. Panggil saya Khawla,” tulisnya.

Perkongsian Ernie mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pemilihan nama berkenaan yang cukup indah.

Dalam pada itu, ada netizen berkongsikan sejarah sebalik nama Khawla merupakan seorang srikandi yang hebat dan kisahnya tercatat di dalam Al-Quran.

Ernie selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.