Entertainment

Obses Mahu Cantik Seperti ‘Patung Barbie’, Wanita Sanggup Habiskan RM600K Buat Pembedahan Plastik


Seorang wanita di Australia mengaku dirinya adalah patung Barbie selepas dia melakukan pembedahan plastik bernilai £110,000 (RM604,228.62).

Mahu kelihatan seperti patung Barbie

Wanita berkenaan dikenali sebagai Tara Jayne McConachy mengatakan bahawa dia tidak terkejut apabila orang ramai melihat dirinya seperti anak patung. Tara mula terkenal selepas muncul di sebuah rancangan mengenai pembedahan plastik iaitu Botched di saluran The E!.

Difahamkan, wanita berusia 33 tahun ini sudah melakukan pembedahan plastik sebanyak lima kali untuk membesarkan payudaranya. Selain itu, dia turut menjalani pembedahan rhinoplasty, implan punggung, venir dan juga botox. Namun, harapannya untuk kelihatan cantik seperti patung Barbie yang asli masih jauh lagi.

Dalam pada itu, Tara berharap agar dia dapat membesarkan lagi saiz payudara serta melicinkan kulitnya untuk kelihatan lebih muda.

Segala-galanya kecil pada saya kecuali tatas saya… Saya sedang mencari dada yang lebih besar! Saya hanya terfikir untuk menjalani pembedahan plastik dan mempunyai payudara yang lebih besar, itu akan menjadi faktor wow dan apa yang saya perlukan.

Perlu tambah 5% berat badan

Walau bagaimanapun, pakar perubatan memberitahu Tara bahawa kulit di sekeliling bahagian dadanya sangat nipis dan jika dia menggunakan 1,000CC silikon implan, ia akan membahayakan dirinya.

Susulan daripada itu, dia juga perlu menambah sebanyak lima peratus daripada berat badannya untuk menjalani pembedahan lagi dan pakar perubatan hanya akan menambah saiz payudaranya jika ia selamat.

Sumber : Each day Star



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close