Entertainment

Padam Video Lamaran, Mas Khan Dah Putus Dengan Diana Nasimuddin?


Baru-baru ini perkongsian pelakon Mas Khan mengundang persoalan ramai apabila kapsyen ditulisnya seolah sedang berdepan kekecewaan.

Memetik Astro Gempak, pelakon berusia 28 tahun itu menulis jika seseorang itu serius pasti akan berusaha untuk melakukannya tanpa sebarang alasan.

BACA: Mas Khan Dah Melamar Diana Nasimuddin

“If someone seriously wants to be a part of your life, they will seriously make an effort to be in it. No reasons no excuse,” tulisnya.

Bagaimanapun, Mas dilihat telah menutup rangan komen posting berkenaan berikutan banyak pertanyaan netizen berhubung kapsyennya itu.

Turut menjadi tanda tanya apabila video ketika pelakon itu melamar kekasihnya, ahli perniagaan Diana Nasimuddin serta foto mereka bersama juga sudah dipadam.

Di akaun milik Diana, hanya ada dua keping foto bersama pelakon itu dan masing-masing masih lagi mengikuti di Instagram.

Pada November tahun lalu, Mas Khan membaut kejutan melamar kekasihnya itu. Diana juga turut memuat naik gambar beserta kapsyen romantik ditujukan kepada kekasihnya itu yang sudi menerima ibu tunggal anak tiga sepertinya.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close