Entertainment

Pembiayaan Tanpa Faedah Untuk Mangsa Banjir


BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Khas Untuk Mangsa Banjir ~ Sukacita dimaklumkan, BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, iaitu pembiayaan peribadi yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

BSN MyRinggit-i Banjir

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Jumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir ini ditingkatkan sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini. 

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
  • Bukan seorang yang muflis.
  • Hanya satu (1) permohonan sahaja daripada satu isi rumah.

Tarikh Permohonan

Anda boleh membuat permohonan mulai 27 Disember 2021.

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan dengan mengunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.

Borang permohonan secara dalam talian boleh didapati melalui laman sesawang berikut: https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx .

Dokumen Yang Diperlukan

Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan seperti dibawah: 

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

Maklumat Pembiayaan

Kadar Keuntungan 0.00%
Had Pembiayaan Sehingga RM10,000
Tempoh Pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan
Kaedah Bayaran  Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN

Untuk semakan status permohonan, Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan anda melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.

Anda juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan berikut: https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx/

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari laman web rasmi BSN (www.bsn.com.my) atau, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian: 1300-88-1900.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close