Entertainment

Pembukaan Sempadan Johor-Singapura | Tol Percuma 7 Hari  Mulai 1 April


Pembukaan Sempadan Johor-Singapura | Tol Percuma Selama 7 Hari  Mulai 1 April ~ Seperti yang kita telah maklum, sempadan Johor-Singapura akan mula dibuka pada 1 April ini.

Maka, bersempena dengan pembukaan darat antara Malaysia dan Singapura kepada pengembara, Kerajaan Malaysia memberi satu lagi buah tangan untuk mereka yang merentas Singapura ke Johor atau sebaliknya dengan pengecualian tol. 

Tol Percuma Selama 7 Hari  Mulai 1 April

Pengecualian ini adalah khusus untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch ‘n Go’ dan ‘SmartTag’. 

Ianya bakal membabitkan semua jenis kenderaan selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 April 2022, selaras dengan pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.

Pengecualian ini akan dilaksanakan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua).

Selain itu, pengecualian bayaran tol ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.

Pada 24 Mac lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian pra pelepasan dan semasa ketibaan namun dengan syarat pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi.

Pengumuman ini telah dilakukan pada 30 mac 2022.

Anda boleh rujuk kenyataan rasmi yang dikeluarkan seperti gambar di bawah: 

Pembukaan Sempadan
Pembukaan Sempadan

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/940298/pengecualian-tol-7-hari-di-pintu-masuk-malaysia-singapura-mulai-1



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.