Entertainment

Pensyarah UiTM Direhatkan Daripada Tugas Mulai Hari Ini


Foto: UiTM

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan pada 31 Mac 2022 telah membuat keputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim, daripada tugasan pengajaran bermula 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dijalankan oleh pihak UiTM.

Artikel Berkaitan: Isu Pensyarah Perlekeh Pelajar B40, UiTM Akan Ambil Tindakan Sewajarnya

Artikel Berkaitan: Nurul Hidayah Pertahan Pensyarah Isu Laptop computer – ‘Ramai Yang Boleh Bantu Belikan’

Artikel Berkaitan: Pertubuhan Pelajar Desak Pensyarah Marah Pelajar Tiada Laptop computer Dikenakan Tindakan

UiTM ambil tindakan tegas

Foto: Utusan

Pihak universiti amat memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh merosakkan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga UiTM.

UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pihak yang berkongsi hantaran (posting) yang mengelirukan.

Tambah baik etika pengajaran

Foto: UiTM

UiTM menerusi jabatan komunikasinya memaklumkan, UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga pendidik dan juga pelajarnya. Oleh itu, pihak universiti akan memperkasakan peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan.

Sumber: UiTM



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.