Entertainment

Permohonan Rayuan Ke Sekolah Khusus 2022 ( e-Rayuan )


Permohonan Rayuan Ke Sekolah Khusus 2022 ( e-Rayuan ) ~ Sukacita dimaklumkan rayuan bagi kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kini dibuka melalui e-Rayuan.

Pengumuman tarikh rayuan ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
e-rayuan

Tarikh Rayuan Sekolah Khusus 2022

Permohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh dibuat bermula 15 hingga 29 Mac 2022.

Cara Permohonan Rayuan

Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.

  1. e-Rayuan boleh diakses secara on-line melalui:
  2. Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
  3. Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
  4. Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.

NOTA :

  • Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan

Pendaftaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2022

Pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus bagi calon yang membuat permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh KPM melalui sidang media khas tidak lama lagi.

Maklumat Lanjut Mengenai e-Rayuan

Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila hubungi salah satu talian di bawah:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Data terkini, sila rujuk laman net rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/

ATAU

Hubungi hotline 03-8000 8000



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close