Entertainment

Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro


SPIM TEKUN 2022: Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro ~ Sukacita dimaklumkan,permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) TEKUN 2022 kini dibuka!

Sila pastikan anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. 

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN)

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) merupakan  skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Objektif pembiayaan skim ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

Skim ini boleh dimohon oleh mana-mana usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil, peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services).

SPIM TEKUN 2022

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk memohon, pastikan anda menepati syarat asas pembiayaan seperti berikut:

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Nilai Pembiayaan SPIM

Nilai pembiayaan adalah, RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

*Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Cara Membuat Permohonan 

Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:

KAEDAH 1: Melalui pejabat cawangan berhampiran dengan premis.

Anda boleh merujuk senarai pejabat cawangan TEKUN di pautan berikut: https://www.tekun.gov.my/ms/connections/

KAEDAH 2: Memohon secara dalam talian 

Sila layari pautan berikut untuk membuat permohonan secara dalam talian (online): https://tekunfin.tekun.gov.my/

NOTA: Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara atau,  layari: https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

  • TALIAN HOTLINE: 03-9059 8888

Soalan Lazim Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

close