Entertainment

Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022


Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022 | SOP Terkini ~ Sukacita dimaklumkan, bermula 1 April 2022 ini kerajaan telah bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi. Sehubungan dengan itu, mari kita lihat SOP terkini berkaitan pengumuman tersebut. 

Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022 

Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022 ini adalah sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID-19. Pengumuman pembukaan semula sempadan ini telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sebuah sidang media rasmi KKM. 

Bukan itu sahaja, laluan untuk pekerja yang berulang-alik secara harian juga telah dibuka dan dipermudahkan dengan pemansuhan kuarantin serta tidak perlu menjalani ujian PCR/RTK pada pra-pelepasan dan ketibaan.

SOP Terkini Masuk Ke Malaysia

Prosedur ini dibahagikan kepada dua iaitu, sebelum berlepas dan selepas ketibaan. 

  1. Sebelum Berlepas
  • Anda diwajibkan untuk memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera. 
  • Lengkapkan borang pra pelepasan melalui ikon Traveller/Pengembara di MySejahtera.
    • Lengkap Divaksinasi : Kad Pengembara Digital akan diberikan
    • Tidak Lengkap Vaksinasi : Perintah Kuarantin (HSO) digital akan diberikan
  • Pastikan anda lakukan ujian PCR 2 hari sebelum berlepas bagi pengembara 7 tahun ke atas. Bekas pesakit COVID-19 (jangkitan 6-60 hari sebelum berlepas), haya perlu menjalani RTK-Ag prefesional
  • Pastikan telah memiliki polisi insurans COVID-19 dan bagi pengembaraan bagi bukan warganegara
  1. Selepas Ketibaan
  • Lakukan ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan
  • Jalani kuarantin selama 5 hari bagi yang tidak lengkap atau tidak divaksin
  • Ujian RTK-Ag profesional boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan
  • Ujian nafas pengesanan COVID-19 (breathalyser take a look at) ATAU RTK-Ag profesional turut disediakan semasa ketibaan di lapangan terbang.
  • Kos RTK-Ag profesional ditanggung pengembara
  • Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah dikecualikan daripada ujian RTK-Ag profesional

NOTA: Prosedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022.

Definisi Standing Vaksinasi Bermula 1 April 2022

Pengembara yang telah lengkap vaksinasi TIDAK PERLU lagi:

  • Memohon kelulusan kemasukan
  • Menjalani kuarantin
  • Melakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepas
  • Melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan

Keistimewaan ini diberi kepada semua pengembara yang menggunakan pengangkutan darat tanpa mengira jenis kenderaan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.