Entertainment

Raihan Minta Jangan Cepat Hukum Yasin, Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa


Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan mengedar dadah.

Memetik mStar On-line, kumpulan nasyid in style Raihan meminta agar netizen tidak terlalu cepat menghukum kerana kita tidak tahu apa yang dilalui olehnya.

BACA: “Saya Khuatir Crack Tiga Kali, Takut Gila Seperti Sebelum Ini” – Yasin

Menurut seorang ahli Raihan iaitu Abu Bakar Md Yatim menyifatkan Yasin yang juga ahli kumpulan nasyid Brothers seorang sahabat yang baik.

“Kita tak tahu apa yang dia lalui, jadi jangan terlalu cepat menghukum. Kami kenal dia dan dia seorang sahabat yang baik.

“Kami kumpulan nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Mungkin dia melakukan kesilapan dan kita doa semoga dapat diperbetulkan,” katanya.

Terdahulu, Yasin merayu kepada Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk memberikan jaminan berikutan masalah kesihatan mentalnya yang semakin terjejas.

Yasin sempat memaklumkan kesihatannya terjejas serta bimbang penyakit bipolar dihadapinya menyerang semula kerana memerlukan ubat tambahan.





Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.