Entertainment

Ramadhan 2022 | Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Seluruh Malaysia


Ramadhan 2022 | Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Seluruh Malaysia ~ Ramadhan menjelang tiba. Sudah pasti ramai yang tidak sabar menyambut Ramadhan kali ini setelah lebih kurang dua tahun tidak dapat menyambut ramadhan dengan meriah. 

Tarikh Bermula Bulan Ramadhan 2022

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan puasa di bulan Ramadan bermula pada:

Hari : Ahad

Tarikh : 3 April 2022

Ramadhan 2022

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 1443H/2022 Seluruh Malaysia

Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di seluruh Malaysia.

Klik hyperlink negeri di bawah untuk anda rujuk jadual waktu Imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadhan mengikut negeri yang disediakan.

Niat Berpuasa Di Bulan Ramadhan 

1.  Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

Suggestions Untuk Kekal Cergas Di Bulan Puasa

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan!



Supply hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.